About Me

My photo
Tambun, Perak, Malaysia

Sunday, 11 December 2011

Biar rakyat menilai dan hakimi Nga - Dr Zambri

Biar rakyat menilai dan menghakimi tindakan emosional Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming kerana membuat kenyataan biadap menghina institusi diraja dan negeri Perak apabila mengelar Perak Darul Ridzuan, ‘Perak Darul Kartun’.
Demikian reaksi Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir apabila ditanya mengenai desakan beberapa badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang menuntut Nga membuat permohonan maaf kerana menghina kedaulatan negeri.
“Terpulang kepada NGO untuk membuat bantahan terhadap kenyataan biadap Nga itu kerana mereka berhak untuk berbuat demikian,’’ katanya kepada media pada majlis Hari Bertemu Pelanggan Parlimen Lumut di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Pangkor, Setiawan hari ini.
Beliau mengulas tindakan Gagasan Melayu Perak (GMP) semalam yang menghantar memo kepada Pejabat DAP Perak meminta pemimpin pembangkang itu memohon maaf kepada Sultan Perak dan menarik balik kenyataan biadapnya kerana menghina Perak Darul Ridzuan dengan gelaran `Perak Darul Kartun’.
Mengenai Hari Bertemu Pelanggan beliau gembira kerana kerana selain rakyat berbilang kaum dalam kawasan Parlimen Lumut yang datang mengadu masalah terdapat ramai juga pelanggan yang datang dari Teluk Intan dan Taiping.
“Sejak awal lagi mereka sudah tahu Hari Bertemu Pelanggan diadakan di Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Pangkor di Setiawan maka mereka terus datang menemui saya untuk mengadu masalah mereka,’’ katanya.
Menurut Dr Zambry antara masalah yang dikemukakan membabitkan soal-soal permohonan tanah, membina rumah baru, pendidikan anak, bantuan kebajikan dan jemputan meminta beliau merasmikan program dan sebagainya.
Katanya, beliau telahpun meminta ketua-ketua jabatan yang hadir pada Hari Bertemu Pelanggan ini mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan permohonan dan masalah penduduk terbabit.

No comments:

Post a Comment