Mulai saat ini...
Janganlah kita lupa yang
kejujuran dan keikhlasan
adalah asas kepercayaan
bagi perhubungan dan perlakuan
sesama manusia.
Janganlah dicemari kepercayaan
yang diberi. Janganlah dinodai
hubungan yang dibina selama ini.
Bukan senang untuk dihormati.
Bukan susah pula untuk dibenci.
Oleh itu, jagalah nama dan harga diri.
Jujur sentiasa supaya dihormati.
-untuk sesiapa sahaja yang terasa-.
Suara Muda Tambun
Thursday, 15 December 2011
Tuesday, 13 December 2011
BUAT PEDOMAN
Persiapkan diri...
Tingkatkan motiasi.
Kuatkan semangat diri.
Mantapkan jati diri.
Tunaikan segala janji.
Eratkan hubungan sesama sendiri.
Doakan kepada yang pergi.
Kasihi keluarga dan diri sendiri.
Sayangi ibu bapa jangan dilupai.
Usahakan sekuat hati.
Dapatkan ilmu agar dihormati.
Cintai pada Ilahi.
Hargai sentiasa kehidupan ini.
Mudah-mudahan hidup kita
lebih bererti..
Dr Luv
Tingkatkan motiasi.
Kuatkan semangat diri.
Mantapkan jati diri.
Tunaikan segala janji.
Eratkan hubungan sesama sendiri.
Doakan kepada yang pergi.
Kasihi keluarga dan diri sendiri.
Sayangi ibu bapa jangan dilupai.
Usahakan sekuat hati.
Dapatkan ilmu agar dihormati.
Cintai pada Ilahi.
Hargai sentiasa kehidupan ini.
Mudah-mudahan hidup kita
lebih bererti..
Dr Luv
Semoga Panjang Umur
"Allah selamatkan kamu...Allah selamatkan kamu... Allah selamatkan eny yang ku sayang... Allah selamatkan kamu..." Ya Allah Ya Tuhanku.. Kau lindungi la insan yg ku sayangi ini dari segala musibahmu Ya Allah... Kau lanjutkanlah usianya Ya Allah, agar dpt dia menikmati kejayaan didlm hidupnya Ya Allah.. agar dpt dia terus menghambakan dirinya pada Mu Ya Allah... Kau ampuni la segala dosa-dosanya Ya Allah, Kau limpahkan la segala rahmat Mu padanya YA Allah. sesungguhnya aku amat menyayangi dirinya Ya Allah.. amin Ya rabbal al amin..
Monday, 12 December 2011
MENGHORMATI
Mulai saat ini...
Percayalah yang kemakmuran dan
keharmonian kehidupan lahir
daripada sikap menghormati
sesama sendiri.
Tidak ada yang lebih indah
daripada keamanan yang bebas
dari kekejaman dan kesengsaraan hidup.
Apabila kita hormat-menghormati
sesama sendiri, itulah setinggi-tinggi
nilai harga diri dalam kehidupan yang
mengamalkan hidup harmoni.
Percayalah yang kemakmuran dan
keharmonian kehidupan lahir
daripada sikap menghormati
sesama sendiri.
Tidak ada yang lebih indah
daripada keamanan yang bebas
dari kekejaman dan kesengsaraan hidup.
Apabila kita hormat-menghormati
sesama sendiri, itulah setinggi-tinggi
nilai harga diri dalam kehidupan yang
mengamalkan hidup harmoni.
MENJAGA DIRI
Pandai-pandailah kita menjaga diri.
bukalah minda dan lihat dengan mata hati
supaya tidak dikaburi dengan janji
yang boleh memakan diri.
kehidupan hari ini penuh dengan
onak dan duri. jika tercucuk memang padah sekali.
jadi berhati-hatilah membawa diri.
kuatkan semangat dan jati diri supaya
tidak mudah dipengaruhi.
andai kata, mula tersasar keluar
daripada nilai kehidupan yang hakiki,
cepat-cepatlah kembali kepada yang
SATU agar diri kita selamat
dilindungi....
nukilan Dr Luv
Kemaufakatan
KEMAUFAKATAN
"Mulai saat ini...
Ingatlah, perjuanan bagi mencapai
matlamat dam kehidupan ini pasti
tidak tercapai kalau perasaan hasad
dan dengki menguasai diri
dan tamak haloba
menguasai jiwa nurani.
janganlah sekali-kali kita lupa diri
dan hilang hormat sesama sendiri.
janganlah kita berpecah-belah
mengikut hawa nafsu sendiri.
Hidup biarlah sentiasa bermaufakat,
barulah dapat kita nikmati segalanya
bersama dengan penuh manfaat.
"Mulai saat ini...
Ingatlah, perjuanan bagi mencapai
matlamat dam kehidupan ini pasti
tidak tercapai kalau perasaan hasad
dan dengki menguasai diri
dan tamak haloba
menguasai jiwa nurani.
janganlah sekali-kali kita lupa diri
dan hilang hormat sesama sendiri.
janganlah kita berpecah-belah
mengikut hawa nafsu sendiri.
Hidup biarlah sentiasa bermaufakat,
barulah dapat kita nikmati segalanya
bersama dengan penuh manfaat.
karnival mesra tambun - ppgmpt
ANDA SEMUA DIJEMPUT HADIR BAGI MEMERIAHKAN KARNIVAL MESRA TAMBUN... BANYAK HADIAH CABUTAN BERTUAH YANG BAKAL DIBAWA PULANG...
Subscribe to:
Comments (Atom)


