Mulai saat ini...
Janganlah kita lupa yang
kejujuran dan keikhlasan
adalah asas kepercayaan
bagi perhubungan dan perlakuan
sesama manusia.
Janganlah dicemari kepercayaan
yang diberi. Janganlah dinodai
hubungan yang dibina selama ini.
Bukan senang untuk dihormati.
Bukan susah pula untuk dibenci.
Oleh itu, jagalah nama dan harga diri.
Jujur sentiasa supaya dihormati.
-untuk sesiapa sahaja yang terasa-.
Thursday, 15 December 2011
Tuesday, 13 December 2011
BUAT PEDOMAN
Persiapkan diri...
Tingkatkan motiasi.
Kuatkan semangat diri.
Mantapkan jati diri.
Tunaikan segala janji.
Eratkan hubungan sesama sendiri.
Doakan kepada yang pergi.
Kasihi keluarga dan diri sendiri.
Sayangi ibu bapa jangan dilupai.
Usahakan sekuat hati.
Dapatkan ilmu agar dihormati.
Cintai pada Ilahi.
Hargai sentiasa kehidupan ini.
Mudah-mudahan hidup kita
lebih bererti..
Dr Luv
Tingkatkan motiasi.
Kuatkan semangat diri.
Mantapkan jati diri.
Tunaikan segala janji.
Eratkan hubungan sesama sendiri.
Doakan kepada yang pergi.
Kasihi keluarga dan diri sendiri.
Sayangi ibu bapa jangan dilupai.
Usahakan sekuat hati.
Dapatkan ilmu agar dihormati.
Cintai pada Ilahi.
Hargai sentiasa kehidupan ini.
Mudah-mudahan hidup kita
lebih bererti..
Dr Luv
Semoga Panjang Umur
"Allah selamatkan kamu...Allah selamatkan kamu... Allah selamatkan eny yang ku sayang... Allah selamatkan kamu..." Ya Allah Ya Tuhanku.. Kau lindungi la insan yg ku sayangi ini dari segala musibahmu Ya Allah... Kau lanjutkanlah usianya Ya Allah, agar dpt dia menikmati kejayaan didlm hidupnya Ya Allah.. agar dpt dia terus menghambakan dirinya pada Mu Ya Allah... Kau ampuni la segala dosa-dosanya Ya Allah, Kau limpahkan la segala rahmat Mu padanya YA Allah. sesungguhnya aku amat menyayangi dirinya Ya Allah.. amin Ya rabbal al amin..
Monday, 12 December 2011
MENGHORMATI
Mulai saat ini...
Percayalah yang kemakmuran dan
keharmonian kehidupan lahir
daripada sikap menghormati
sesama sendiri.
Tidak ada yang lebih indah
daripada keamanan yang bebas
dari kekejaman dan kesengsaraan hidup.
Apabila kita hormat-menghormati
sesama sendiri, itulah setinggi-tinggi
nilai harga diri dalam kehidupan yang
mengamalkan hidup harmoni.
Percayalah yang kemakmuran dan
keharmonian kehidupan lahir
daripada sikap menghormati
sesama sendiri.
Tidak ada yang lebih indah
daripada keamanan yang bebas
dari kekejaman dan kesengsaraan hidup.
Apabila kita hormat-menghormati
sesama sendiri, itulah setinggi-tinggi
nilai harga diri dalam kehidupan yang
mengamalkan hidup harmoni.
MENJAGA DIRI
Pandai-pandailah kita menjaga diri.
bukalah minda dan lihat dengan mata hati
supaya tidak dikaburi dengan janji
yang boleh memakan diri.
kehidupan hari ini penuh dengan
onak dan duri. jika tercucuk memang padah sekali.
jadi berhati-hatilah membawa diri.
kuatkan semangat dan jati diri supaya
tidak mudah dipengaruhi.
andai kata, mula tersasar keluar
daripada nilai kehidupan yang hakiki,
cepat-cepatlah kembali kepada yang
SATU agar diri kita selamat
dilindungi....
nukilan Dr Luv
Kemaufakatan
KEMAUFAKATAN
"Mulai saat ini...
Ingatlah, perjuanan bagi mencapai
matlamat dam kehidupan ini pasti
tidak tercapai kalau perasaan hasad
dan dengki menguasai diri
dan tamak haloba
menguasai jiwa nurani.
janganlah sekali-kali kita lupa diri
dan hilang hormat sesama sendiri.
janganlah kita berpecah-belah
mengikut hawa nafsu sendiri.
Hidup biarlah sentiasa bermaufakat,
barulah dapat kita nikmati segalanya
bersama dengan penuh manfaat.
"Mulai saat ini...
Ingatlah, perjuanan bagi mencapai
matlamat dam kehidupan ini pasti
tidak tercapai kalau perasaan hasad
dan dengki menguasai diri
dan tamak haloba
menguasai jiwa nurani.
janganlah sekali-kali kita lupa diri
dan hilang hormat sesama sendiri.
janganlah kita berpecah-belah
mengikut hawa nafsu sendiri.
Hidup biarlah sentiasa bermaufakat,
barulah dapat kita nikmati segalanya
bersama dengan penuh manfaat.
karnival mesra tambun - ppgmpt
ANDA SEMUA DIJEMPUT HADIR BAGI MEMERIAHKAN KARNIVAL MESRA TAMBUN... BANYAK HADIAH CABUTAN BERTUAH YANG BAKAL DIBAWA PULANG...
DAP Perak Kena Attack
Pada 8 Disember 2011 jam 3.30 ptg dua NGO melayu iaitu Gagasan Melayu Perak dan Suara Inspirasi Malaysia telah menyerang ibupejabat DAP Perak dengan membawa sepanduk memo untuk Nga Kor Meng. tindakan dua pertubuhan NGO ini adalah merupakan tindakbalas terhadap kenyataan Nga Kor Meng yang menyifatkan negeri perak sebagai Perak Darul Kartun dan ianya di sifatkan sebagai menghina melayu dan kesultanan Perak.. Nga Kor Meng mengutuk MB perak Ds Zambri dgn gelaran Hitam Metallic dan ianya merupakan penghinaan pada orang melayu yg berkulit gelap jika di bandingkan dengan kulit cina yg putih merah bagaikan lembu pendek itu... ingin di nyatakan disini.. tindak tanduk DAP perak sentiasa dipantau dan sekiranya berlaku lagi kenyataan yang menghina melayu... dua NGO ini tidak teragak-agak utk bertindak dgn lebih keras lagi..
Suara Inspirasi Malaysia
Suara Inspirasi Malaysia-SIM di tubuhkan atas kesepakatan dan kemuafakatan bersama di atas kesedaran perjuangan bangsa, agama dan negara dengan nawaitu yang ihklas dan murni... Perjuangan di alam maya dan realiti bersama menggerakan suara rakyat dari akar umbi bagi melihat dan memastikan bahawa bumi melayu ini tidak teraniaya dan terpinggir serta menyahut seruan PM iaitu RAKYAT DI DAHULUKAN PENCAPAIAN DI UTAMAKAN. Suara tranformasi seiring dengan kemajuan negara kita Malaysia secara sistematik dan tersusun di mata dunia biro muda akan bergerak bagi memastikan kesinambungan pemerintah serta melatih golongan belia dan membawa golongan ini terus merapatkan diri dengan pemimpin..kami di biro muda sentiasa membantu ahli biro ini, cuba melaksanakan mendengar pemasalahan justeru itu mencari serta akan menyelesaikannya..
Di harap agar generasi ini dapat bertambah dan semakin ramai bekerjasama serta bersatu padu dalam apa jua aspek juga.

Sunday, 11 December 2011
Rakyat perlu terus sokong BN - Tun M
Rakyat perlu terus menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana terbukti ia mampu memenuhi keperluan rakyat, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata, kerajaan BN memperjuangkan nasib rakyat tanpa mengira kaum sejak dari zaman selepas merdeka lagi.
“Apa sebabnya kita nak tukar kepada parti lain? Ada orang suruh tukar sebab kononnya BN ini jahat, pencuri, penyangak, korupsi dan sebagainya tetapi mereka (parti lain) belum diuji macam kita (BN).
“Ada pepatah Inggeris kata, kita jangan sesekali cuba baiki sesuatu perkara yang sudah berjalan dengan baik kerana kalau salah baiki, nanti lain jadinya. Begitu juga dengan sokongan kepada BN… dasar pemerintahan BN yang seimbang untuk semua kaum dilihat sudah cukup baik.
“Jadi tidak perlulah tukar kepada kerajaan yang belum tentu lagi mampu membela nasib rakyat,” katanya ketika berucap pada Majlis Bicara Negarawan bersama Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Umno bahagian Ampang di Dewan Datuk Setia Mufti Suib, hari ini.
Dr Mahathir berkata, rakyat perlu memberi sokongan berterusan kepada BN kerana ia dapat membantu dalam membentuk sebuah kerajaan yang kuat dan mampu berkhidmat demi kebaikan seluruh rakyat serta membina negara yang berjaya.
Sementara itu, ketika diminta mengulas cadangan kerajaan untuk meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1974, beliau berkata akta itu diwujudkan demi menjaga kepentingan pelajar Melayu.
“Pada zaman itu, lebih ramai pelajar Melayu yang aktif berpolitik berbanding kaum lain. Akta itu diwujudkan bagi memastikan mereka menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaran dan seterusnya berjaya.
“Orang Melayu, sudahlah tidak ramai yang terpelajar, bila masuk universiti sibuk berpolitik pula, bila masa nak belajar? Saya sendiri aktif berpolitik masa muda dulu, tapi apabila melanjutkan pelajaran, saya tinggalkan dunia politik hampir enam tahun dan belajar saja,” katanya.
Pada 24 November lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak mengumumkan di Dewan Rakyat bahawa kerajaan akan meminda AUKU bagi membenarkan mahasiswa menjadi anggota parti politik.

Pendiri 3 ADUN Umno Harus Dipuji
Pendirian tiga ADUN UMNO yang menyatakan kesedian mereka untuk berundur jika tidak terpilih sebagai calon boleh menang oleh pucuk pimpinan semasa pilihan raya umum ke-13 nanti haruslah dicontohi wakil rakyat lain.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata mereka juga telah menunjukkan teladan baik apabila berjanji untuk terus memberi sokongan sekiranya mereka dikehendaki untuk berundur.
“ Ini merupakan contoh yang baik dan kita harap ia akan menjadi teladan kepada wakil rakyat yang lain.. Soal samada mereka terpilih atau tidak sudah menjadi nombor dua bagi saya.
“ Tetapi, yang penting mereka bertiga telah bersedia untuk berundur jika tidak dipilih sebagai calon boleh menang (winnable)…dan sekiranya ada calon baru, mereka berikrar akan memberi sokongan kepada calon terbabit.
“ Selain itu, mereka turut mengharapkan agar calon yang menggantikan mereka itu bukannya calon yang pernah mensabotaj parti dan ini merupakan satu pandangan yang baik,” katanya.
Menteri Besar diminta mengulas penjelasan ADUN Pengkalan Baharu, Datuk Hamdi Abu Bakar, ADUN Lintang; Datuk Ahamad Pakeh Adam dan ADUN Belanja, Datuk Mohd Zaim Abu Hassan bahawa mereka bersedia berundur jika diminta berbuat demikian dan berikrar untuk beri sokongan kepada parti.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat projek perumahan yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Perumahan Negara Berhad (SPNB) di Kampung Teluk Senangin, semalam.
Sementara itu, seramai tujuh buah rumah kos rendah di bawah SPNB disiapkan bagi golongan miskin dan miskin tegar di perkampungan nelayan itu sebagai salah satu inisiatif kerajaan membantu golongan ini mendapat kehidupan yang lebih sempurna.
Salah seorang penerima, Ku Abdul Rasib Ku Hambali menyifatkan kesungguhan Kerajaan Negeri membantu rakyat miskin mendapat kemudahan rumah secara tidak langsung dapat menarik minat dan sokongan golongan ini terhadap kerajaan.
“Kami semestinya bersyukur dengan pemberian sebegini..Ini menunjukkan keseriusan kerajaan BN membantu golongan miskin seperti kami menikamati kehidupan yang lebih sempurna.
“ Yang penting, hajat kami ditunaikan kerajaan dan bukan hanya berjanji atau bercakap kosong..ini secara tidak langsung mampu menarik lebih ramai orang sokong kerajaan yang ada ini,” katanya.
Terdahulu, Dr Zambry turut melawat perkembangan kawasan perindustrian Kampung Acheh dan kilang pemprosesan makanan Halal Hub, di Pengkalan Lumut.
Katanya, beliau mendapati kawasan tersebut memerlukan beberapa penambahbaikan supaya Industri Kecil Sederhana (IKS) yang sudah bertapak sejak sekian lama di situ dapat berkembang dan mewujudkan lebih banyak peluang perniagaan.
“ Keadaan bangunan memerlukan penambahbaikan dan pengubahsuaian kerana sudah tidak sesuai dengan keperluan industry selain kedudukan bangunan yang tidak strategik.
“ Kawasan ini juga diharapkan dapat menjadi kawasan yang memperkenalkan industri hijau dan dijangkakan satu perjanjian persefahaman akan dibuat 15 Dis ini, “ katanya.

Biar rakyat menilai dan hakimi Nga - Dr Zambri
Biar rakyat menilai dan menghakimi tindakan emosional Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming kerana membuat kenyataan biadap menghina institusi diraja dan negeri Perak apabila mengelar Perak Darul Ridzuan, ‘Perak Darul Kartun’.
Demikian reaksi Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir apabila ditanya mengenai desakan beberapa badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang menuntut Nga membuat permohonan maaf kerana menghina kedaulatan negeri.
“Terpulang kepada NGO untuk membuat bantahan terhadap kenyataan biadap Nga itu kerana mereka berhak untuk berbuat demikian,’’ katanya kepada media pada majlis Hari Bertemu Pelanggan Parlimen Lumut di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Pangkor, Setiawan hari ini.
Beliau mengulas tindakan Gagasan Melayu Perak (GMP) semalam yang menghantar memo kepada Pejabat DAP Perak meminta pemimpin pembangkang itu memohon maaf kepada Sultan Perak dan menarik balik kenyataan biadapnya kerana menghina Perak Darul Ridzuan dengan gelaran `Perak Darul Kartun’.
Mengenai Hari Bertemu Pelanggan beliau gembira kerana kerana selain rakyat berbilang kaum dalam kawasan Parlimen Lumut yang datang mengadu masalah terdapat ramai juga pelanggan yang datang dari Teluk Intan dan Taiping.
“Sejak awal lagi mereka sudah tahu Hari Bertemu Pelanggan diadakan di Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Pangkor di Setiawan maka mereka terus datang menemui saya untuk mengadu masalah mereka,’’ katanya.
Menurut Dr Zambry antara masalah yang dikemukakan membabitkan soal-soal permohonan tanah, membina rumah baru, pendidikan anak, bantuan kebajikan dan jemputan meminta beliau merasmikan program dan sebagainya.
Katanya, beliau telahpun meminta ketua-ketua jabatan yang hadir pada Hari Bertemu Pelanggan ini mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan permohonan dan masalah penduduk terbabit.
Demikian reaksi Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir apabila ditanya mengenai desakan beberapa badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang menuntut Nga membuat permohonan maaf kerana menghina kedaulatan negeri.
“Terpulang kepada NGO untuk membuat bantahan terhadap kenyataan biadap Nga itu kerana mereka berhak untuk berbuat demikian,’’ katanya kepada media pada majlis Hari Bertemu Pelanggan Parlimen Lumut di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Pangkor, Setiawan hari ini.
Beliau mengulas tindakan Gagasan Melayu Perak (GMP) semalam yang menghantar memo kepada Pejabat DAP Perak meminta pemimpin pembangkang itu memohon maaf kepada Sultan Perak dan menarik balik kenyataan biadapnya kerana menghina Perak Darul Ridzuan dengan gelaran `Perak Darul Kartun’.

“Sejak awal lagi mereka sudah tahu Hari Bertemu Pelanggan diadakan di Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Pangkor di Setiawan maka mereka terus datang menemui saya untuk mengadu masalah mereka,’’ katanya.
Menurut Dr Zambry antara masalah yang dikemukakan membabitkan soal-soal permohonan tanah, membina rumah baru, pendidikan anak, bantuan kebajikan dan jemputan meminta beliau merasmikan program dan sebagainya.
Katanya, beliau telahpun meminta ketua-ketua jabatan yang hadir pada Hari Bertemu Pelanggan ini mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan permohonan dan masalah penduduk terbabit.
lakukan yang terbaik
LAKUKAN YANG TERBAIK
Mulai saat ini...
Biar pelbagai halangan datang
melanda, biar pelbagai dugaan datang menimpa, namun jiwa dan semangat tetap teguh menempuh kehidupan menggapai cita-cita.
Mulai saat ini...
Usahakanlah yang terbaik,
demi ibu bapa yang dikasihi,
demi anak-anak yang disayangi,
demi suami isteri yang dicintai,
demi rakan yang dihormati,
demi bangsa, agama, dan negara yang sanjungi,
dan demi diri sendiri yang dicintai.
Subscribe to:
Posts (Atom)