About Me

My photo
Tambun, Perak, Malaysia

Monday, 28 November 2011

Tradisi lama berkhatan diteruskan

Oleh : Wartawan Sinar Harian
Tarikh : November 28, 2011
Teruskan tradisi lama berkhatan
PADANG RENGAS – Bagi meneruskan tradisi dan budaya masyarakat Melayu, satu majlis berkhatan beramai-ramai diadakan di Kampung Paya Lintah, di sini.

Majlis yang dianjurkan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) dengan kerjasama Perhimpunan Lepasan Institut Pengajian Tinggi Malaysia (HALUAN) Perak itu julung kalin diadakan malah turut mendapat sambutan menggalakkan.

Seramai 20 kanak-kanak menyertai acara berkhatan dan perkhidmatan diberikan secara percuma, sekali gus meringankan beban ibu bapa.

Lebih memeriahkan, apabila acara berendam dan mandi sungai masih lagi diamalkan sebelum acara berkhatan diadakan.

Hadir sama, Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abd Aziz dan Ketua Kampung Paya Lintah, Amir Fahmi.

Meningkatkan kemudahan awam

Oleh : WARTAWAN SINAR HARIAN
Tarikh : November 28, 2011
Tingkat kemudahan Penambahbaikan jejantas dijalankan
TAIPING – Setelah mengambil kira aduan serta pandangan penduduk, te­rutama dalam kalangan pengguna jejantas Jalan Air Kuning, di sini, beberapa langkah pembaharuan akan dan telah dilaksanakan.

Penyelaras Dun Pokok Assam, Datuk Ho Cheng Wan berkata, jejantas berkenaan disediakan bagi memberi kemudahan kepada pejalan kaki dan sememangnya memerlukan beberapa pengubahsuaian terutama dari aspek keselamatan.

Menurutnya, terdapat beberapa pembaharuan telah dilaksanakan pada jejantas itu untuk keselesaan dan keselamatan penggunanya.

“Antara pembaharuan yang telah kita laksanakan adalah memasang pagar pada jejantas dan menurap jalan raya di situ.

“Kita bina pagar pada jejantas itu berikutan pernah terjadi beberapa kemalangan di kawasan jejantas ketika penunggang motosikal cuba membuat pusingan U,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, dengan ada pagar berkenaan pemandu motosikal akan membelok lebih jauh ketika membuat pusi­ngan­ U dan dapat mengurangkan risiko kemalangan.

Bagaimanapun, menurut Cheng Wan, terdapat juga aduan yang mengatakan laluan di jejantas itu agak sempit.

“Kita mahu menggalakkan pejalan kaki menggunakan jejantas agar lebih selamat ketika melintas jalan raya dan kerana itu, kita ambil kira aduan berkenaan demi keselesaan mereka.

“Permohonan telahpun dibuat kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk meminta peruntukan RM66,000 bagi membolehkan laluan jejantas itu dilebarkan,” katanya.

Ngeh Koo Ham disiasat Polis - Ketua Polis Perak

Polis siasat Ngeh Koo Ham - Ketua Polis Perak

01/04/2010 4:05pm

IPOH 1 April - Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Abdullah berkata, polis telah memulakan siasatan terhadap Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham berhubung dakwaannya terdapat pegawai dan anggota polis ditempatkan di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) semasa persidangan DUN pada Selasa dan semalam.
Beliau berkata, dua laporan telah diterima polis daripada orang awam yang meminta polis mengambil tindakan sewajar berhubung dakwaan Ngeh itu.
"Polis Perak telah memulakan siasatan di dalam kes ini di bawah Seksyen (1) (a) Akta Hasutan 1948 dan mereka yang boleh membantu siasatan akan dipanggil memberi keterangan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Zulkfili menjelaskan kehadiran polis semasa persidangan itu berlangsung adalah di atas permintaan Speaker Datuk R. Ganesan bagi menentukan keselamatan dan ketenteraman awam memandangkan kekecohan pernah berlaku pada persidangan DUN sebelum ini.
"Pihak polis tidak berada di dalam dewan sebaliknya hanya berkawal di luar dewan dan perkarangan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri,” katanya.
Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan menyifatkan kenyataan Koo Ham yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sitiawan bahawa seolah- olah polis akan menembak sesiapa tidak disukainya, sebagai tidak bertanggungjawab dan jahat.
Kenyataan Koo Ham yang menyuarakan bantahan dengan kehadiran ramai anggota dan pegawai polis di Bangunan Perak Darul Ridzuan semasa sidang DUN berlangsung, dibuat selepas istiadat perasmian sidang DUN, semalam.
Koo Ham dipetik berkata: “Saya takut jika ada perbahasan dan ada mana-mana polis tidak suka kita, mereka akan tembak mati. Ini boleh berlaku kerana mungkin ada polis tidak suka dengan kita”. - Bernama
IPOH 27 Nov. - Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah bertitah, semua pemimpin di negara ini perlu benar-benar memahami realiti dan berpijak di bumi nyata dalam membantu mereka menghadapi senario masa kini.
Titah baginda, amat penting bagi pemimpin untuk memahami realiti yang berlaku agar setiap usaha dan hasrat yang dirancang dapat dilakukan berasaskan premis realiti yang tepat.
Baginda bertitah, tanpa fakta yang tepat, hasrat yang diimpikan dan usaha yang dirintis tidak akan mencapai matlamat yang diingini.
"Sering kali berlaku kecenderungan pemimpin dilindungi daripada mengetahui realiti sebenar. Malah ada kalanya, lebih tinggi status seseorang pemimpin, bertambah jauh dan terpisahlah dia daripada realiti di bumi nyata.
"Malah, jurang di antara kebenaran dan kepalsuan bertambah luas apabila pemimpin dipagari oleh individu-individu berkepentingan sehingga mereka lebih memilih cerita kejayaan dan menyembunyikan kegagalan," titah Raja Nazrin.
Baginda bertitah demikian pada majlis Sambutan Maal Hijrah 1433 Peringkat Negeri Perak di Institut Tadbiran Islam Perak (Intim) di sini hari ini.
Pada majlis itu Raja Nazrin berkenan menyampaikan anugerah Tokol Maal Hijrah 1433 kepada Hakim Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan dan negeri, Datuk Termizi Mohamed, 73.
Turut berangkat pada majlis itu ialah isteri baginda, Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara Salim, Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan isteri, Datin Seri Saripah Zulkifli.
Raja Nazrin bertitah, pemimpin yang arif adalah pemimpin yang berminat mengetahui kelemahan dan kesilapan serta dengan segera memperbetulkan walaupun tentangan yang perlu dihadapinya.
Malah titah baginda, pemimpin yang arif harus berasa aneh jika terlalu banyak cerita kejayaan dan terlalu tinggi kata pujian dilaporkan.
"Cerita kejayaan dan kata pujian diterima adalah satu mandat atau satu ketagihan di minda yang amat cepat mempengaruhi manusia untuk bersifat angkuh dan menjadi selesa sehingga berpotensi menjatuhkan mereka.
"Pemimpin yang cekal, yakin dan berani untuk menegakkan kebenaran terutama dalam mempertahankan kalimah tauhid dan mempertahankan kesucian Islam akan sentiasa mendapat rahmat dan perlindungan Ilahi.
"Oleh itu, dalam menyempurnakan amanah berkenaan, Raja dan ummah wajib bersama dan ummah perlu bersatu dalam memastikan perkara-perkara yang menyentuh kesucian Islam dapat terus dipertahankan," titah baginda.

Sunday, 27 November 2011

DAP ganti PAS

ni la bahana pakatan rakyat... DAP akan memonopoli pemerintahan PR... pas hanya akan jadi kuda DAP.. bukan kuda hitam...yg gagah berani.. tetapi kuda hijau yg lesu tak bermaya...

gempar rakyat

Gempar - Nik Aziz Sebut Iblis Syaitan Akan Datang Jika Pilihanraya Berasingan !!!


Nik Aziz melatah lagi. Iblis dan Syaitan disebut yang sekali imbas kita faham sebagai lawan kepada PAS iaitu UMNO.


Berita tersebut disiarkan dalam Malaysiakini ( atau gelaran baru - Cinakini )

“Kalau kita buat berasingan segala ‘iblis syaitan’ sana akan tertumpu pada satu kawasan.
“Apabila dah banyak sangat, susah kita nak kawal nanti,”


Mulut yang keluar perkataan yang hodoh dan keji biasanya lahir dari hati yang kotor dan rosak.

Kebiasaan ulama hakiki tidak sesuka hati mengeluarkan perkataan yang boleh menghina pihak lain kecuali ulama yang diangkat untuk tujuan propaganda bukan untuk Islam.

Adakah layak Nik Aziz digelar Ulama selepas beberapa kali mengeluarkan perkataan tidak dibenar agama seperti celaka, sekular, Allah samseng, Allah pun mencarut ?


Sebelum ini sudah banyak putar belit dicatat seperti yang disiar oleh blogger PenaKSJ


1. “Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam” – Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999.

2. “Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu.” – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 4 Ogos 2001.

3. “Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri kafir” – Ceramah Nik Aziz Nik Mat di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, 3 Julai 1999.

4. “Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid.” – Kuliah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Kg Pulau Melaka.

5. “Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun, tapi terserahlah kepada manusia di mana tempatnya.” – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 28 April 1999.

6. “Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA, dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima.” – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 24 Januari 1999.


7. “Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram” – Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.

8. “Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci seseorang jika kena pada tempat dan masanya, kerana ia sudah menjadi salah satu naluri.” – Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 29 April 1999.

9. “Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembagunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?” – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 26 November 1994.

10. “Bagi penjualan arak, ia hanya dibenar jual oleh orang bukan Islam kepada golongan itu sahaja, kerana jika ia diharamkan sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam untuk menikmatinya.” – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 19 November 1992.

11. “PAS Sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa…” – Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 25 Jun 1999.

12. “Menentang PAS adalah Haram mengikut al-Quran.” – Nik Aziz Nik Mat, Berita Minggu, 24 April 1994.


Rupanya gelaran Tok Guru adalah propaganda PAS untuk kelirukan rakyat seperti pendedahan arwah Ust O
mar
.

Nga Ko Ming tak hormat melayu

memang celaka si cina ni... masuk umah melayu tak bukak kasut... mmg kurang ajar... tuan umah membutakan mata ke? PAS tak ajar ke rakan suhabat mereka ni?

Saturday, 26 November 2011

bangsa

"Adat memegang kepercayaan orang,
Jangan sekali-kali menikam belakang,
Adat memegang kekuasaan,
Jangan sekali-kali merosak binasakan,
Adat memegang kebebasan,
Jangan sekali-kali lupa batasan"

"Berjiwa Rakyat"

Sesungguhnya seawal usia yang masih muda, dan sepajang hidup dewasa, telah saya abdikan berkhidmat untuk rakyat. semua ini lahir hasil dari inspirasi dan dorongan serta suri teladan Allahyarham Ayahanda saya. Memang saya tersentuh dan terpanggil untuk meneruskan agenda besar kerajaan untuk membasmi kemiskinan, menstrukturkan semula masyarakat Malaysia, meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti untuk semua, serta meniupkan semangat sebuah generasi baru untuk menumpah khidmat kepada Malaysia...

- perutusan Datuk Seri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak sempena penerimaan jawatan Perdana Menteri Malaysia ke-6

Thursday, 17 November 2011

Suara Muda Tambun

Assalamualaikum w.b.t...
     
             Selamat Datang kepada anda semua yang sudi membaca blog Suara Muda Tambun ini... tujuan saya membina blog ini adalah bertujuan untuk membuka minda anda tentang perjuangan Aliff Ba Ta..yakni Agama Bangsa dan Tanah Air... disini saya ingin berkongsi jalan kepada muda-mudi yang masih lagi terkapai-kapai untuk memahami erti perjuangan sebenarnya berpandukan apa situasi sebenar kehidupan kita di zaman ini.... Apa yang menarik minat saya ialah hakikat bahawa anak melayu kini semakin lupa dan leka tentang dimana letaknya taraf bangsa kita di negara kita yang tercinta ini... kita masih lagi berbangga dengan kegemilangan sejaraha atuk nenek kita di zaman dulu kala sehingga gagal mempertahankn kegemilangan itu... sedarlah wahai melayu muda.... beberapa generasi sebelum kita telah melakukan beberapa kesilapan besar yang menjatuhkan martabat kita sebagai melayu.... dengan wujudnya blog ini saya amatlah berharap agar kita sama-sama dapat berkongsi pandangan tentang hala tuju yang harus kita pilih untuk memperjuangkan kembali kegemilangan atuk nenek yang kita banggakan selama ini.....