Tarikh : November 28, 2011
Majlis yang dianjurkan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) dengan kerjasama Perhimpunan Lepasan Institut Pengajian Tinggi Malaysia (HALUAN) Perak itu julung kalin diadakan malah turut mendapat sambutan menggalakkan.
Seramai 20 kanak-kanak menyertai acara berkhatan dan perkhidmatan diberikan secara percuma, sekali gus meringankan beban ibu bapa.
Lebih memeriahkan, apabila acara berendam dan mandi sungai masih lagi diamalkan sebelum acara berkhatan diadakan.
Hadir sama, Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abd Aziz dan Ketua Kampung Paya Lintah, Amir Fahmi.

mungkin harus di amalkn di kawasan kita Tambun..
ReplyDelete