About Me

My photo
Tambun, Perak, Malaysia

Monday, 28 November 2011

Meningkatkan kemudahan awam

Oleh : WARTAWAN SINAR HARIAN
Tarikh : November 28, 2011
Tingkat kemudahan Penambahbaikan jejantas dijalankan
TAIPING – Setelah mengambil kira aduan serta pandangan penduduk, te­rutama dalam kalangan pengguna jejantas Jalan Air Kuning, di sini, beberapa langkah pembaharuan akan dan telah dilaksanakan.

Penyelaras Dun Pokok Assam, Datuk Ho Cheng Wan berkata, jejantas berkenaan disediakan bagi memberi kemudahan kepada pejalan kaki dan sememangnya memerlukan beberapa pengubahsuaian terutama dari aspek keselamatan.

Menurutnya, terdapat beberapa pembaharuan telah dilaksanakan pada jejantas itu untuk keselesaan dan keselamatan penggunanya.

“Antara pembaharuan yang telah kita laksanakan adalah memasang pagar pada jejantas dan menurap jalan raya di situ.

“Kita bina pagar pada jejantas itu berikutan pernah terjadi beberapa kemalangan di kawasan jejantas ketika penunggang motosikal cuba membuat pusingan U,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, dengan ada pagar berkenaan pemandu motosikal akan membelok lebih jauh ketika membuat pusi­ngan­ U dan dapat mengurangkan risiko kemalangan.

Bagaimanapun, menurut Cheng Wan, terdapat juga aduan yang mengatakan laluan di jejantas itu agak sempit.

“Kita mahu menggalakkan pejalan kaki menggunakan jejantas agar lebih selamat ketika melintas jalan raya dan kerana itu, kita ambil kira aduan berkenaan demi keselesaan mereka.

“Permohonan telahpun dibuat kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk meminta peruntukan RM66,000 bagi membolehkan laluan jejantas itu dilebarkan,” katanya.

No comments:

Post a Comment